Ana pasti ramai yang kenal dengan penyanyi dan pelakon kita ni...Fauziah Latiff atau gelarannya Gee..Dari zaman persekolahan dulu ana memang meminati penyanyi ini kerana kelincahannya di pentas,suaranya yang merdu dan wajahnya yang jelita...

Dan beberapa hari yang lepas ,ana buat kempen kemas setor kat rumah terjumpa sebuah buku skrap yang ana buat era 90an dahulu tu...masa zaman-zaman ni kalau seseorang tu minat kat seseorang selebriti dia akan kumpul gambar dan keratan akhbar dan buat buku skrap dan salin lirik lagu selebriti kesayangan mereka...maklumlah era tu tak ada kemudahan internet jadi sumbernya hanyalah majalah hiburan seperti URTV,Variapop,Pesta dan surat khabar harian sahaja...

Jadi untuk tatapan rakan blogger dan pembaca yang muda remaja masa kini ,ana kongsikan sebahagian dari koleksi buku skrap ana yang dah usang di mamah usia ni....disertakan koleksi kaset yang ana miliki dahulu yang hari ini ana tak tahu mana nak pasang dah kerana kaset player dah tak ada....so once upon a time....

Antara koleksi kaset yang masih ana simpan tak pasti boleh guna lagi atau tidak kerana tiada player...
cover buku skrap Fauziah Latiff
sebelah belakang buku skrap Fauziah Latiff
Antara foto Fauziah Latiff dalam buku skrap ana..
Lirik lagu Bisikan Simfoni Hati & Digamit Memori-Fauziah Latiff
Cantikkan Fauziah Latiff semasa remaja

Lirik lagu Terima Kasih Teman

Fauziah Latiff & Rahim Maaruf

Lirik Lagu Sejak Bersamamu

Lirik Lagu Kali Terakhir

Lagi dari koleksi buku skrap ana...
Setakad ini sahaja yang dapat ana kongsikan foto-foto cantik Fauziah Latiff...kini kalau nak dengar semula lagu-lagu merdu nyanyian Fauziah Latiff kita boleh ke Youtube sahaja....Sekadar satu perkongsian kisah lalu...Once Upon A Time....

32 Comments

  1. Haa betul tu.. zaman dulu kalau kita sukakan artis tu mesti kita gunting keratan pastu tampal kat buku skrap.. kaset pun berlambak jgk tapi tak tahu nak pasang kat mana lagi kan kak, huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah Iha Zaliza:tq singgah zaman sekarang ni semakin ramai selebriti dan peminat mereka..Google je dah boleh tgk foto dan cerita..kak ana dulu siap jimat duit belanja sekolah nak beli majalah URTV...

      Delete
  2. huhuhu...nama artis ni cm pernah dengar..tapi tak tau la plak dia sape. ehehehe...nice post. kurang2 ley tunjuk kat ayah nanti.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Dak Skema: yang ni artis 90-an dulu..ayah kenal lah kut...

      Delete
  3. wahhh.. mmg minat sgt ni... so sweet la u... cantikkan gee ni.. =)

    ReplyDelete
  4. saya suke jugak..ada beli kaset lagu2 terbaik dia..2 kaset, tapi lagu sume best2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya-mahu -kawin: Tq singgah...ana ada koleksi dalam bentuk kaset je tulah kan dah tak boleh nak dengar tiada player..sekarang kita download saja dlm pendrive...

      Delete
  5. dulu ada buku lirik tapi hilang entah kemana... nostalgianya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana ada lagi...terjumpa dalam almari lama semasa balik kampung dulu...TQ EDtv..

      Delete
  6. Salam kenal ana,

    Sehingga sekarang pun masih cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenak Mak Long:terima kasih sudi singgah....Blog Mak Long cantik sangat...

      Delete
  7. Assalamualaikum..iya2 zaman2 sek dulu siap ada buku lirik2 lagu lagiii..tebalnya ngalahkan buku nota..ha ha ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita Sue @ Nenie: sebab tu sampai sekarang kalau lagu tu main di radio boleh ingat lagi liriknya...kan kan..

      Delete
  8. sya suka tengok kak Gee..hehe..cantik..walaupun tak berapa minat..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecantikan wanita melayu Gee ni...yang lain kadang2 cantik kacukan..tq singgah nana liena..

      Delete
  9. wahh , minat betul ni , bestnya ada sentimental value , dulu ade juga buat buku lagu , masa zaman sekolah rendah , tebal , tp pnyanyi random saja , asal lagu sedap . tp sekarang dah tak nampak bayang , hilang ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tak ingatlah tu simpan kat mana...tq singgah dan komen disini niena ramlan...

      Delete
  10. wahhh.... koleksi lama yg menarik..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Fauzan Sarif...kadang terjumpa semula...

      Delete
  11. fauziah latiff ni memang legend..=)

    5 jenis roommate yang akan anda temui

    http://iniblogabangkamil.blogspot.com/2013/04/5-jenis-roommate-yang-mungkin-anda.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Ahmad kamil: ana sering singgah ke blog abang kamil ni..will follow yr update..tqvm..

      Delete
  12. salam wah ni yg excited nak komen.masa sklh mngh dulu saya mmg suka lagu n group 90-an.saya siap buat buku skrap..dan gambar fauziah latiff mmg saya jadikan pembalut buku skrap.bangga btl kalau kawan2 lain blm dpt latest poster yg kt urtv tu he3...sampailah satu hari saya bawa pergi sklh sbb kawan nk salin lirik.

    tup..tup dia lupa nak 'cover'.mmg terbaiklah cikgu matematik kami tu cikgu disiplin,kan.masa rehat saya merayu nak balik buku tu.cikgu kata "alah..awak buatlah yg baru,bagi cikgu ye sbb cikgu pun minat"...hahahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aleasara: menarik dan nostalgianya cite awak ni...hahaha..mmg zaman tu balut buku dgn gambar artis kesayangan kan...terima kasih berkongsi kisah disini...

      Delete
  13. ana..banyaknya koleksi fauziah latiff,.teruja tengok ni!

    ReplyDelete
  14. wahhh.. betul2 minat nih

    suka tengok citer yang dia berlakon ngan rosyam nor tu.. x ingat dah tajuk apa

    ReplyDelete
  15. erm ada drama kat tv1 dulu kan...tq cik siti MAR...

    ReplyDelete
  16. siap ade buku skrap. mmg byk lagu gee meletup dulu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kerja ana masa remaja dolu-dolu buku skrap dan buku lirik..tq singgah 9nOL4...

      Delete
  17. Aduuuu mmg nostalgia zmn 80an 90an. Ak mmg minat giler dgn gee smpi skrg. Tp xbole lwn minat ms gee dlu2. Smpi trmimpi2 hahaha...rnduu zmn tu

    ReplyDelete