Ahad, 27 Januari 2013

Makanan Tradisional di Malaysia

Memandangkan sekolah dah mula buka ana teringatlah sewaktu ana tolong siapkan folio kajian tempatan anak ana semasa berada di sekolah rendah dahulu...Tajuknya Makanan Tradisional di Malaysia ...punyalah sibuk hampir seminggu untuk menyiapkan projeknya kerana terpaksa menGoogle cari bahan-bahan dan foto-foto untuk di selitkan ..Oleh itu ana mendapat ilham untuk membuat satu entri untuk pelajar-pelajar mendapatkan serba sedikit bahan sekiranya hendak menyiapkan tugasan berkaitan Makanan Tradisional di Malaysia... apa yang ana kongsikan disini adalah hasil pemerhatian dan pengetahuan ana yang tak seberapa ini..

Makanan Tradisional Kaum Melayu di Malaysia:

Boleh dikatakan makanan tradisional untuk kaum-kaum di Malaysia ini kebanyakannya disajikan semasa perayaan-perayaan utama sesuatu kaum ataupun sebagai hidangan harian keluarga.Ia terdiri daripada makanan utama dan juga kuih muih untuk dijadikan pencuci mulut...Disini ana kelaskan kepada dua kategori:

Juadah Perayaan khasnya pada Hari Raya:

Antara juadah utama yang disediakan oleh kaum Melayu di Malaysia ini untuk menyambut perayaan Hari Raya samada Aidil Fitri atau Aidil Adha ialah lemang,ketupat pulut atau ketupat nasi.Ia merupakan makanan utama yang dimakan bersama rendang ataupun serunding.Bahan asasnya ialah beras pulut atau beras biasa yang di masak dengan teknik membakar didalam buluh atau merebus didalam kelongsong daun palas atau daun kelapa untuk dijadikan ketupat dan lemang.
Ketupat nasi , lemang dan ketupat daun palas
Makanan ini akan dimakan bersama rendang,kari atau serunding yang mana bahan asasnya ialah samada daging lembu,daging kambing,ayam atau kerang dimasak dengan rempah ratus untuk dijadikan rendang,kari ataupun serunding.

dari kiri atas:rendang ayam,rendang kerang.bawah kiri serunding dan rendang daging
Selain makanan utama,kaum Melayu juga menyediakan kuih muih tradisional yang agak popular di Malaysia ini seperti kuih bahulu,kuih karas,kuih siput,batang buruk dan lain-lain lagi.Walaubagaimanapun kebanyakan kuih-kuih tradisional ini telah digantikan dengan kuih-kuih moden yang jauh lebih enak dan mudah untuk disediakan.Kuih-kuih tradisional ini ada yang disediakan dengan kaedah membakar dan menggoreng dengan bahan-bahan utama seperti tepung,gula,telur dan lain-lain lagi.

Kuih batang buruk,kuih bahulu,kuih karas dan putu kacang.

Kaum Melayu juga sering menyajikan sejenis manisan yang dibuat untuk perayaan utama mereka samada wajik ataupun dodol.Wajik dibuat dari beras pulut yang telah ditanak dikacau dengan gula merah dan santan manakala dodol pula dibuat dari tepung pulut,santan dan gula yang dikacau berjam-jam diatas api sehingga pekat.

dodol dan wajik

Juadah sajian harian:

Untuk juadah harian makanan utama kaum Melayu di Malaysia ini ialah nasi putih yang dimakan bersama sayur-sayuran ,lauk pauk dan sambal.Memandangkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini terdapat campuran elemen pelbagai bangsa didalam masakan juadah harian kaum Melayu di sini.Oleh itu ana ingin lebih tekankan kepada juadah kuih-kuih tradisional Melayu yang lebih cenderung dengan unsur-unsur kemelayuannya.

Antara yang agak terkenal ialah juadah kuih-muih yang lemak dan manis seperti kuih seri muka,lompang,abuk-abuk sagu dan lain-lainnya yang menggunakan bahan-bahan utama seperti santan,gula melaka,tepung,kelapa parut dan sebagainya.

tepung pelita,lompat tikam,lompang,abuk-abuk sagu,koci,tepung gomak dan seri muka.
Ada juga kuih-kuih tradisional Melayu di sini yang agak pedas dan dibakar dalam daun pisang untuk disediakan seperti sata yang terkenal di Trengganu dan juga kuih pulut panggang.Sata menggunakan isi ikan yang dicampur bahan-bahan pedas dan kemudian dibalut daun pisang serta dibakar manakala pulut panggang menggunakan pulut yang telah ditanak atau dikukus dicampur dengan kelapa yang digaul dengan sambal serta dibalut daun pisang sebelum dipanggang di atas api perlahan.

Sata dan pulut panggang
Satu lagi makanan tradisional Melayu yang jarang diketengahkan ialah tapai..Tapai boleh dibuat dari pulut ataupun ubi kayu yang direbus kemudian dicampurkan ragi sebelum diperam untuk beberapa hari dan boleh dimakan.

tapai pulut dan tapai ubi kayu
Sebenarnya masih banyak lagi makanan tradisional Melayu yang boleh dikongsikan cuma setakad ini sahaja yang dapat ana coretkan diruang ini untuk kita lebih mengenali makanan tradisional kaum-kaum lain pula yang terdapat di Malaysia.

Makanan Tradisional Kaum Cina di Malaysia:

Sekarang kita beralih pula tentang makanan tradisional kaum Cina di Malaysia yang pernah ana baca dan ketahui serba sedikit.Ana bahagikan kepada dua iaitu makanan harian dan makanan sempena perayaan mereka.
Makanan Harian Kaum Cina di Malaysia:
Mereka lebih gemar makan mi yang terdiri daripada pelbagai jenis dan teknik masakan seperti di goreng,mi rebus,mi sup,mi hailam dan macam-macam lagi.Dan yang paling terkenal di Malaysia ini yang juga telah menjadi makanan pelbagai kaum lain disini ialah Char Koey Tiaw dan Mi Sizzling..

char koey tiaw & yee mee sizzling
Kaum Cina tidak makan nasi sebagai makanan utama seharian tetapi memasak bubur nasi yang dimakan bersama lauk pauk dan sayur-sayuran .Mereka juga gemar memakan makanan laut dan manisan.Nasi ayam juga merupakan makanan tradisional kaum Cina yang kini di gemari oleh semua kaum di Malaysia.
Bubur nasi dan lauk pauk serta sayuran
Salah satu pencuci mulut kaum Cina yang agak popular di negara kita ialah Tang Yuan.Sejenis manisan dari beras pulut yang direbus dimakan dengan air gula lebih kurang bubur .Terdapat juga popia yang dikenali sebagai Spring Roll sebagai makanan yang berasal dari keturunan kaum Cina yang digemari juga kaum-kaum lain di sini.
Tang Yuan & Spring Roll

Makanan sempena perayaan kaum Cina di Malaysia:
Seperti kaum-kaum lain mereka juga mempunyai perayaan-perayaan tersendiri dan seringkali dikaitkan dengan makanan utamanya seperti..
Tahun Baru Cina:
Antara juadah yang sering disaji yang menjadi tradisi kaum Cina di Malaysia ialah Yee Sang yang merupakan campuran sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud kemakmuran kepada merea.Pada malam sebelum Tahun Baru Cina mereka akan mengadakan makan besar iaitu majlis makan malam keluarga dengan menyajikan pelbagai lauk pauk yang enak-enak.Disamping itu mereka juga menyediakan kuih muih seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau Mandarin untuk tetamu yang bertandang.

Yee Sang
Kuih Bakul,kuih bangkit,kuih kapit & limau Mandarin
Kuih Chang ataupun Zongzi pula dimakan dan disediakan untuk meraikan Festival Dragon Boat yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 kalender Lunar.Ia dibuat daripada beras pulut yang diisi inti dan dibalut dengan daun buluh serta dikukus dan digantung untuk dikeringkan.
Akhir sekali ana juga sempat menGoogle sedikit maklumat tentang kuih Bulan ataupun Mooncake Festival yang disambut pada hari ke 15 bulan ke 8 kalender lunar.Kuih bulan ini sejenis kuih yang manis mengandungi pelbagai inti seperti kacang merah ataupun telur asin.Kini di Malaysia terdapat pelbagai versi dan bentuk malah ada juga yang Halal untuk dimakan oleh orang Melayu disini.
Kuih Bulan

Makanan Tradisional Kaum India di Malaysia:
Satu lagi kaum yang utama di Malaysia ialah kaum Indian yang mewarnai kepelbagaian tradisi di sini.Kebanyakan makanan tradisional kaum India ini berasaskan rempah ratus yang merupakan elemen penting dalam masakan mereka.Seperti kaum Cina makanan orang-orang India juga kini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat disini samada untuk sarapan pagi,makan tengahari ataupun sebagai pencuci mulut...
Makanan Harian Kaum India di Malaysia:
Ana mulakan dengan sarapan pagi kerana memang agak popular dikalangan masyarakat Malaysia ini makan sarapan bagi dengan menu-menu makanan tradisi India seperti roti canai,tosei,capati,puri dan nan yang dimakan bersama kuah kari,kuah dal dan sambal tumis atau sambal kelapa..Menu-menu ini boleh didapati di kedai-kedai dan restoran-restoran mamak diserata tempat.
Menu sarapan pagi kaum India di Malaysia
Untuk makan tengahari pula kaum India memang gemar makan makanan yang pedas dan berkari dari daging kambing ataupun ayam.Rempah ratus memang satu kemestian didalam masakan mereka.Antaranya yang popular ialah nasi di atas daun pisang dengan kari kepala ikan atau kari daging kambing atau kari ayam dengan popedum dan sayur-sayuran dan juga nasi briyani..
Makanan nasi kaum India di Malaysia
Makanan tradisional untuk perayaan Deepavali kaum India di Malaysia:
Selain dari menu-menu di atas yang di masak untuk makanan harian mereka juga menyediakannya untuk perayaan Deepavali disamping beberapa jenis juadah kuih-muih yang disajikan untuk tetamu yang datang bertandang seperti murukku,candi kelapa,laddu dan macam-macam lagi dengan kepelbagaian rasa.Ada yang manis dan ada yang pedas.
Kuih muih tradisional kaum India di Malaysia
Oklah sampai disini sahaja yang dapat ana rumuskan tentang makanan tradisional kaum-kaum utama yang terdapat di Malaysia ini.Sekiranya terdapat apa-apa fakta yang tidak tepat ana mohon maaf terlebih dahulu kerana apa yang ana tuliskan disini adalah berdasarkan pengalaman peribadi,pembacaan dan dari Google Search di internet.Sekalung terima kasih kepada Google Image khasnya rakan-rakan blogger dan website yang mana telah ana pinjam foto-foto dari sana.

21 ulasan:

  1. datang dgn rasa lapar, blk lg lapar..hehe
    best ssgt makannan2 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq cikgu, sorry tak dapat nak bagi rasa hehe :)

      Padam
  2. Lapar..lapar...lapar....tapi kan, kalau kat Perlis, jarang sangat nak jumpa dodol tuh, orang dah malas nak masak sendiri. Pulut kucai(wajik) tuh still banyak orang masak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang betul Crack, payah pun proses buat dodol ni hehe :)

      Padam
  3. Singgah sini..wah...makanan sedap sedap...lapar plak..;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sayang tak dapat nak di jamu ye hehe

      Padam
  4. boiler suka dodol dan wajik...

    BalasPadam
  5. Itulah istimewanya Malaysia ni ada 13 negeri ,berbilang kaum dan pelbagai versi makanan....

    BalasPadam
  6. serius saya terliur bila baca entry di atas! huhu selalu raya je makan rendang.

    BalasPadam
  7. wahhh, ni makanan tradisional waktu raya kan.. ana, pernah tak makan makanan tradisional bugis?? :)
    terutamanya Burasak dan lepat loi?
    pernah x ana rasa ?

    BalasPadam
  8. huhuhu nampak makanan ni perut terus jadik lapar

    BalasPadam
  9. Noor Adibah: belum pernah rasa lagi buasak dan lepat loi..Insyaa Allah ada peluang mmg nak rasa... Murni..jom makan-makan...

    BalasPadam
  10. hi anajingga. saya zach dari KFCH. Saya dh lihat blog anda dan saya minta anajingga untuk berhubung dengan saya asap untuk maklumat lanjut. 016-3854946.Tq

    BalasPadam
  11. tengok gambar2 punye sampai terliur.. saye org Perak.... belah2 utara ni kalo x kenal Pekasam bkan org utara la... hahah.. pekasam ni boleh dikategori makanan tradisional ke?????

    BalasPadam
    Balasan
    1. tradisional lah agaknya atau lebih pada exotik kut.. tq budak pekasam..kak ana terlepas pandang komen ni..

      Padam
  12. hi kak ana,terima kasih banyak banyak kerana telah menbantu saya menyiapkan folio saya,terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama lawak gila: Alhamdulillah semoga ada memberi sedikit manfaat perkongsian ini...

      Padam
  13. Malaysia memang fofuler dengan makanan

    BalasPadam
  14. kapan yah bisa menikmati makanan khas kualalumpur :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jemput datang ke Kuala Lumpur cahyo jm..nikmati juadah2 yang ada :)

      Padam