Selasa, 10 Julai 2012

Kuih Lopes Pulut







Ini resepi kuih tradisional yang tak guna sukatan pun.Ana agak2 je sebab tak tahu nak sukat macam mana.Tapi mungkin blog masakan lain ada yang guna sukatan.

Untuk menyediakan kuih lopes:

- beras pulut dalam setengah kilo ( rendam dalam air daun pandan selama 2-3 jam)

- daun pisang (jadikan kelungsung berbentuk selinder dengan memasukkan gelas,kemudian gulung daun pisang ,ikat hujung dan keluarkan gelas tadi)

beginilah lebih kurang gulungan daun pisang untuk diisi beras pulut.

- masukkan beras pulut yang direndam tadi kedalam kelungsung daun pisang dan rebus selama lebih kurang satu jam atau hingga pulut masak.

kuih lopes yang sudah direbus,disejukkan dan bolehlah dipotong.

- bila sejuk, buka balutan daun pisang dan potong bulat dengan menggunakan benang supaya tidak melekit.

- salut dengan kelapa parut yang dibubuh sedikit garam.

Untuk Kuahnya:

- didihkan sebuku gula melaka dicampurkan dua sudu besar gula putih.

- masukkan daun pandan untuk keharumannya.

- sejukkan dan hidang bersama kuih lopes tadi...

2 ulasan:

  1. wah.suka gila dengan kuih ni.mak pandai buat tapi saya tak pandai.haha.thanks eh share nanti saya nak cuba .btw terima kasih kak letak link blog(pikirmudah) saya kat blog akak ni.really appreciate it so much ;)

    BalasPadam
  2. sama-sama amirul "pikir mudah " mmg menarik utk dikongsi bersama,penulisan kreatif dan byk info...keep blogging kay..

    BalasPadam