Segala yang indah dan cantik semuanya adalah anugerah Allah s.w.t kepada semua hambaNya untuk melihat kebesaran dan keagungan ciptaanNya yang tiada tandingan.Macam biasa ana suka sangat nak berkongsi dengan semua melihat keindahan bunga-bungaan yang begitu cantik dan sempurna ciptaan Ilahi.


Kali ini ana kongsikan keindahan Taman Bunga Keukenhof yang terletak di Holland atau Belanda.Keukenhof membawa maksud 'kebun dapur' dalam bahasa Belanda.Taman ini terletak di Lisse,Belanda yang merupakan taman bunga terbesar di dunia.Ia mula di buat pada tahun 1949 dengan tujuan mempamerkan hasil tanaman bunga petani-petani dari Belanda dan sekitar Eropah.


Taman Bunga Keukenhof ini hanya dibuka untuk lawatan pelancong pada musim bunga sahaja lebih kurang selama 2 bulan dalam setahun iaitu antara Mac ke May setiap tahun.Bunga tulip yang sinonim dengan negara kincir air ini mendominasi persekitaran taman disamping jutaan bunga-bunga yang lain juga.Menurut sumber yang ana baca lagi pelawat boleh mengelilingi taman ini dengan menaiki bot atau mengayuh basikal di sekitar taman yang berkeluasan 32 hektar ini.

sumber : www.keukenhof.nl
foto dari : Google Image










































0 Comments